m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, August 4, 2012

Berpeluh main ping pong

Sabtu semalam, aku, Ali dan Hidayat turun ke gelanggang ping-pong lagi di Titiwangsa. Sesampainya di sana, aku nengok Abang Zahid dah sedia menunggu sedari subuh dengan semangat berkobar-kobar untuk kembali mengasah bakat bermain ping-pong nya yang telah lama dipinggirkan. Aku pun terus warm up dengan Abang Zahid. Sepanjang aku berentap dengan Abang Zahid, cuma tahun lepas aje yang aku berjaya mengalahkan dia. Masa tu dia main tak form langsung. Jadi kesempatan itu aku gunakan untuk menumpaskan Abang Zahid yang memang cukup terkenal dengan smash kilasnya.

Semalam, aku kalah mudah dengan Abang Zahid. Main empat game, kesemua empat game aku tumpas mudah tanpa dapat aku memberikan tentangan hebat kepada Abang Zahid. Servis side spin, top spin dan under spin aku semuanya tak lut untuk mengelirukan Abang Zahid. Mati kutu aku. Kalau play safe, nanti bola naik tinggi sikit kena smash. Jadi aku cubalah buat hantaran-hantaran yang lebih deras. Tapi kebanyakannya keluar meja atau tersangkut kat net. Main ping-pong ni kena cepat. Jadi aku tak sempat nak fikir strategi mana nak gunakan untuk mengalahkan Abang Zahid. Dia mempunyai kontrol dan smash yang hebat. Yang itu aku tak boleh challenge. Buat masa ni kena terima ajelah kekalahan yang berterusan tu.

Ali, Abang Zahid (Pak Uda) dan Hidayat.
Abang Zahid menggayakan teknik pukulan slice cara Nigeria.
Akhirnya aku dapat satu idea cara nak menumpaskan Abang Zahid. Aku terpaksa gunakan taktik 'kotor'.  Taktik 'kotor' tu maksudnya bukan bergomol atas tanah atau lempar air longkang atas meja ping-pong, tapi aku ajak Abang Zahid main double - aku partner dengan Hidayat dan Abang Zahid partner dengan Ali. He he he... Strategi aku berkesan. Sorry, bang. Minggu depan jangan serik datang lagi untuk main double.

Permainan Ali dan Hidayat dah banyak improvement berbanding dengan masa mula-mula aku ajak mereka main beberapa tahun dulu. Hidayat dah faham konsep top spin. Alaaah, macam main tenis jugak. Cuma yang ni kena pakai wrist (pergelangan tangan) lebih sikit. Ali pulak kena praktis lebih banyak lagi untuk faham cara nak kontrol bola. Abang Zahid sempat jugak bagi tips pada Hidayat dan Ali cara-cara nak meningkatkan mutu permainan. Berikut ada beberapa pointer yang aku sempat terdengar, "Masa main kau kena tengok lawan engkau punya pergerakan. Baru engkau boleh ready nak ambil bola. Tangan kiri biasa kena letak kat depan. Korang kena praktis potong bola. Masa pukul bola tu, angkat bat sikit. Ping pong ni kena main selalu. Kalau setahun sekali tak menjadi dia. Korang boleh praktis pakai meja makan aje". Dan aku pun turut memberikan beberapa nasihat yang bernas jugak, "Cuba korang bayangkan bola ping pong tu macam telur penyu. Kalau direbus, makan dengan kicap, pergh!!! Sedap bukan main!!! Masa pukul bola ping pong, korang kena tenung bola tu macam korang tenung awek cun. Tapi sekarang bulan puasa, tak elok tenung kat awek. Jadi teknik tu korang kena simpan dulu sampai raya nanti. Tapi masalahnya masa raya, Pak Usu tak main ping pong pulak. Ahhhh! Pandai-pandai koranglah fikir macam mana!" Ali dan Hidayat setelah mendengar tips yang aku bagi, terus insaf dan memahami sejarah pembentukan permainan ping pong dan berazam untuk mengalahkan Lin Dan dalam permainan badminton pada Olimpik tahun 2016 nanti.

Setelah jam menunjukkan pukul 10 pagi kami pun pulang. Aku lebih puas pasal kali ni aku bertemu dengan seorang juara. Barulah main ping pong berpeluh-peluh.

Ali dan Hidayat sedang berentap. Siapa kalah, balik jalan kaki!

No comments:

Post a Comment